SAMBUTAN SYAWAL APM PERAK SUNGGUH MERIAH


LT.KOL.(PA) Zairil Anuar bersama Pegawai Bersekutu dan warga APM Kinta semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat APM Negeri Perak di Kompleks KDN, disini, semalam


IPOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari seluruh negeri Perak hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat APM Negeri Perak yang diadakan di Dewan Bankuet, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang semalam.

Antara yang memeriahkan majlis tersebut ialah Pengarah APM Negeri Perak, KOL.(PA) Noor Azam bin Johari, pegawai-pegawai bersekutu dan pegawai-pegawai yang terdiri daripada pelbagai agensi.

Para pengunjung yang hadir juga disajikan pelbagai jenis juadah yang disediakan oleh anggota APM sendiri. Setiap Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) dan Pejabat Pertahanan Awam Unit (PUPA) menyediakan juadah-juadah dan minuman-minuman yang terdiri daripada pelbagai jenis. APM Daerah Kinta pula menyediakan mi sup dan mihun sup yang dimasak sendiri oleh Anggota Sukarela Pertahanan Awam Daerah Kinta bersama dengan Pegawai-Pegawai Tetap APM Kinta. Para pengunjung sambutan ini juga dipersembahkan dengan musik berbentuk kugiran yang dibawakan khas oleh PDPA Kampar.

Lebih gambar Sambutan ini boleh didapati di laman facebook rasmi APM Daerah Kinta dengan klik link ini https://www.facebook.com/profile.php?id=100011315883204


Ulasan

Catatan Popular