BAYI DENGAN PENYAKIT "HYDROCEPHALUS" DIBANTU ANGGOTA APM
LT.KOL.(PA) Zairil Anuar (kiri) sedang memantau keadaan adik Nur Umairah Jannah di dalam Ambulans
SUNGAI SIPUT: Seorang bayi berusia lapan bulan yang tidak sihat kerana menghidapi penyakit "hydrocephalus" atau penyakit lebihan cecair di dalam otak sejak dalam kandungan lagi telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.
Pesakit yang bernama Nur Umairah Jannah Abdul Muhaimin itu dibawa ke PPUKM dengan menggunakan ambulans milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) oleh anggota dari APM Daerah Kinta pada pagi tadi.
Timbalan Pengarah APM Negeri Perak, LT. KOL. (PA) Zairil Anuar bin Zulmuji dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kinta, KAPT.(PA) Muhammed Ameen bin Salleh Mura juga turut serta dalam operasi kali ini.
Adik Umairah Jannah ini dilahirkan pada Oktober, tahun lepas, dan adik ini adalah dibawah jagaan ibu saudaranya yang berusia 19 tahun, Nurul Shafikah Zainuddin yang sedang bekerja sebagai operator kilang.
Adik Umairah Jannah dibawa ke PPUKM, Cheras untuk mendapatkan rawatan termasuk surgeri selepas pihak hospital disini tidak cukup kepakaran dalam merawat penyakit adik Umairah Jannah.
Sila layari laman Facebook Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta di https://www.facebook.com/AngkatanPertahananAwamKinta/ untuk mendapatkan gambar-gambar sepanjang proses membawa adik Umairah Jannah ke PPUKM, Cheras.
Ulasan
Catat Ulasan