LATIHAN MEDAN PISPA KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI IPOH


Peserta Latihan Medan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) ketika majlis penutup 




IPOH: Lebih daripada 120 pelajar menyertai Latihan Medan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh di perkarangan Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Kinta, Ipoh baru-baru ini.

Latihan Medan yang diadakan selama dua hari satu malam (bermula 13hb Julai sehingga 14hb Julai 2019) ini dikelolakan oleh Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh sendiri dan diuruskan oleh barisan jurulatih APM Kinta yang terdiri daripada pegawai tetap, pegawai pasukan dan anggota lain-lain pangkat.

Sepanjang latihan medan ini dijalankan, pelbagai jenis aktiviti telah diadakan untuk melahirkan anggota PISPA yang memiliki kemahiran pertahanan awam yang tinggi. Antaranya, teknik menyelamat kecemasan, teknik menyelamat menggunakan usungan dan pengurusan bencana.

Menurut salah seorang daripada peserta, aktiviti seperti latihan medan ini perlu diteruskan dan diadakan pada peringkat yang lebih meluas pada masa akan datang untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai ilmu pertahanan awam yang tinggi di dada.


Barisan jurulatih bersama dengan guru penasihat PISPA semasa Majlis Penutup Latihan Medan PISPA Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh


Para peserta latihan sedang tekun belajar dengan Staf Muda (SM) Syarrizzed dalam tutorial teknik menyelamat mengunakkan usungan


Gambar Seplatun semasa tutotial teknik menyelamat menggunakan usungan


Asas Kawad Kaki


Pengajaran dan pembelajaran teknik-teknik menyelamat kecemasan

Ulasan

Catatan Popular