PROGRAM HiPA PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK

  

          Pada 5 hingga 7 Julai yang lalu, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak telah mengadakan Program HiPA  bagi peringkat Kolej Komuniti Negeri Perak bertempat di dua lokasi iaitu Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Program ini disertai oleh seramai 70 orang peserta dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti dalam Negeri Perak seperti yang disenaraikan di bawah :

1.   Kolej Komuniti Taiping
2.   Kolej Komuniti Chenderoh
3.   Kolej Komuniti Pasir Salak
4.   Kolej Komuniti Teluk Intan
5.   Kolej Komuniti Sg. Siput
6.   Kolej Komuniti Kuala Kangsar
7.   Kolej Komuniti Batu Gajah
8.   Kolej Komuniti Tapah
9.   Kolej Komuniti Bagan Datuk
10. Kolej Komuniti Bagan Serai

          Program ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan peserta, mengasah kemahiran berkaitan Pertahanan Awam, dan juga menajamkan pemikiran para peserta dalam berfikir dan bertindak rasional mengikut situasi. Selain itu, peserta juga dapat menanam sifat  bekerjasama dalam satu pasukan sekaligus bersaing secara sihat .
         Bagi merealisasikan objektif program ini, beberapa kategori pertandingan telah dijalankan di antaranya jungle trekking, survival cooking, PISPA Skill Challenge, dan War Cry Battle. Para peserta yang terlibat telah memberi respon dan kerjasama yang baik dengan semua aktiviti yang dijalankan menjadikan Program ini berjalan dengan mudah dan lancar sekali.
       






Ulasan

Catatan Popular