DERITA ADIK SYURGA NUR UMAIRAH JANNAH BERAKHIR
Nur Umairah Jannah menghidap penyakit hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Bandar Tun Razak (Sumber: msn.com)
KUALA LUMPUR: Anak syurga yang berusia lapan bulan yang menghidap penyakit hydrocephalus atau penyakit lebihan cecair dalam otak sejak dilahirkan, Nur Umairah Jannah Muhaimin, meninggal dunia kira-kira jam 3 petang, 10 Julai 2019 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Kami difahamkan bahawa adik Umairah Jannah sepatutnya menjalani pembedahan untuk penyakitnya pada hari tersebut setelah adik tersebut dibawa oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta telah membawa adik tersebut ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada jumaat lepas dari rumahnya di Sungai Siput (U), Perak.
Penyakit yang dihidapi oleh adik Umairah Jannah menyebabkan kepalanya semakin membengkak dan semakin membesar dan sekali gus menyebabkan pergerakan adik Umairah Jannah terbatas dan asyik berbaring dan terpaksa bermain dengan berbaring.
Sebelum ini, adik Umairah di bawah jagaan ibu saudaranya, Nurul Shafikah Zainuddin, 19, yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dan adik ini dilahirkan pada Oktober, tahun lalu.
Masalah kesihatan yang dialami oleh adik Umairah Jannah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Wanita Pertama tanah air kita tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, yang meluangkan masa menziarahi adik Umairah Jannah di Wad Pedriatik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Kami di APM Kinta ingin mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga adik Umairah Jannah dan semoga seluruh keluarga kekal kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.
Sila klik https://apmkinta.blogspot.com/2019/07/bayi-dengan-penyakit-hydrocephalus.html untuk membaca berita mengenai adik Umairah Jannah dibawa ke PPUKM, Kuala Lumpur dan klik https://www.facebook.com/AngkatanPertahananAwamKinta/posts/669073983578112 untuk melihat gambar-gambar sewaktu adik Umairah Jannah dibawa ke PPUKM, Kuala Lumpur
Keadaan adik Umairah Jannah (kanan) sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) (Sumber: Arkib APM Kinta)
Adik Umairah Jannah (kiri) di PPUKM, Kuala Lumpur (Sumber: Arkib APM Kinta)
Lawatan Tun Dr.Siti Hasmah di Wad Pediatrik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (Sumber: The Star)
Jenazah adik Umairah Jannah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tersusun Kledang Utama (Sumber: Astro Awani)
Ulasan
Catat Ulasan