KAK ZIE BAKAL BERPENCEN
Kak Zie yang bakal bersara esok
Lebih mesra dikenali sebagai Kak Zie, anak kelahiran Sungkai, Perak yang berumur 58 tahun itu mula berkhidmat dengan APM sejak tahun 2009 di APM Daerah Kinta selepas menjalankan amanah sebagai jurutaip dibawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 1981.
Kak Zie pilih untuk bersara awal iaitu pada umur 58 tahun.
"Bagi saya, perkhidmatan selama 10 tahun itu merupakan sangat seronok sebelum Kak Zie sakit. Seronok gila 'time' tak sakit. Saya pernah join beberapa kursus, pernah juga ikut kes tangkap ular tetapi tidak berjaya menangkap ular tersebut.", kata Kak Zie.
"Bertugas di sini sangat seronok dengan semua staf di sini sangat menghormati saya."tambahnya lagi.
Apabila ditanya apa yang akan dilakukan selepas berpencen, ini adalah jawapan beliau.
" Saya hendak pergi mengaji Al-Quran, saya juga hendak menjalani rawatan fisioterapi untuk kaki saya yang sedang sakit supaya cepat-cepat saya boleh mengerjakan umrah selepas saya berpencen dari APM ini"
Satu majlis yang ringkas diadakan di perkarangan Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Kinta semalam untuk meraikan Kak Zie. Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai tetap APM Kinta, dan para Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) APM Kinta.
Kebanyakan hidangan makanan dan minuman yang dihidang dalam majlis ini disediakan oleh warga APM Kinta sendiri dengan bergotong-royong. Antara juadah yang menarik dalam majlis ini ialah makanan berala barat, kek dan sebagainya.
Ikhlas daripada kami, warga APM Kinta, kami ingin mengucapkan selamat bersara kepada Kak Zie. Perpisahan adalah satu daripada kesan dari sebuah perjumpaan dan kami berharap agar semangat Kak Zie ketika menjalankan amanah bersama APM Kinta menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua yang lain-lain.
Warga APM Kinta sedang menyiapkan juadah bagi Majlis Perpisahan Kak Zie yang diadakan semalam.
Keadaan semasa Majlis Perpisahan Kak Zie diadakan
Ulasan
Catat Ulasan