DYAM RAJA DIHILIR MENCEMAR DULI KE SAMBUTAN HARI RAYA


DYAM Raja Dihilir menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Sambutan Hari Raya, di sini, semalam

BATU GAJAH: Pejabat Daerah & Tanah Daerah Kinta telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Kinta pada 2hb Julai 2019. Sambutan ini diadakan di Arena Square, di sini.

Majlis ini diadakan secara meriah dan dianggarkan seramai 600 orang yang terdiri daripada pelbagai agensi dan orang awam turut serta dalam memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis ini turut dicemar duli oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallai Shah II Afifurlah dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya binti Al-Mutassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta juga menghantar wakil iaitu Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) bersama 1X Anggota untuk menghadiri dan memeriahkan lagi majlis tersebut.


PPAD Kinta bersama Pegawai Daerah Kinta merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kinta, Puan Haliza binti Sipun dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Daerah Kinta 


Penghulu-Penghulu di sekitar daerah Kinta yang juga telah membuka sebuah "booth" dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini


Ulasan

Catatan Popular