SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN SUK PERAK 2019






IPOH: Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta yang diketuai oleh
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kinta, KAPT.(PA) Muhammed Ameen bin Salleh Mura bersama Pegawai Tetap APM Daerah Kinta, Anggota Sukarela Tugas Pejabat (ASTP) dan Anggota Sukarela Tugas Operasi (ASTO) telah memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, semalam.

Majlis ini diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pada jam 12.00 tengah hari. Dianggarkan seramai 1000 orang daripada pelbagai agensi turut serta untuk memeriahkan Majlis Hari Raya Aidilfitri tersebut.

Photo Credit: Nur Fadzira (APM Kinta)




Ulasan

Catatan Popular