APM FUN RUN (VIRTUAL RUN)






Peserta Larian APM Fun Run 2019 (VIRTUAL) Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta




IPOH: Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta mengambil bahagian dalam APM Fun Run yang dijalankan secara "virtual" di kawasan Ipoh khas untuk warga APM Kinta.

Larian ini dijalankan pada semalam, bermula pada jam 0700 dan disertai oleh pegawai dan anggota yang terdiri daripada pelbagai pangkat.

Menurut salah seorang daripada pegawai pasukan yang menyertai larian tersebut, Leftnenan Muda.(PA) Nor Faraain, menerusi larian tersebut, ianya dapat mengeratkan silaturahim antara anggota dan pegawai secara tidak langsung dan meningkatkan kecergasan para anggota.


APM Fun Run 2019 akan diadakan di APM Melaka pada 7hb Julai 2019. Larian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu larian 10 Kilometer dan larian 5 Kilometer.

Kesemua peserta yang berjaya menghabiskan larian akan mendapat sehelai baju-T, sebuah medal edisi khas berbentuk Ambulan Pertahanan Awam, Sijil Penyertaan, goodies bag dan cabutan bertuah. 

Ulasan

Catatan Popular