OKU TERKEPUNG BANJIR

TAMBUN: Dua orang kanak-kanak dan dua Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan antara mangsa banjir kilat yang ditempatkan di sebuah tempat tinggal sementara (Homestay) di Fatihah Homestay, di sini sejak petang semalam.

Mereka sekeluarga terpaksa memilih untuk berpindah ke situ berikutan paras air bah di kediaman mereka semakin meningkat sehingga mencecah paras lutut akibat hujan lebat yang berterusan petang semalam.

Menurut Ketua Skuad Pagi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam bahawa rumah mangsa digenangi air sehingga paras buku lali. Walaubagaimanapun, apabila pihaknya melalukan pemantauan di tempat kejadian, didapati seorang OKU sedang terlantar di atas katil dan paras air bah semakin tinggi sehingga mencecah paras lutut.

Pihak APM juga menggunakan logistik Lori MAN untuk membawa keluarga tersebut ke Homestay tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa banjir kilat ini melibatkan empat buah rumah dan disebabkan oleh sistem peparitan kecil dan tidak lancar.

Mangsa pula memberitahu kami bahawa rumah beliau sering dinaiki air bah lebih-lebih lagi apabila hujan berterusan selama beberapa jam dan sebelum ini pernah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan serta Pejabat Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.







Ulasan

Catatan Popular