PERTEMUAN LAPAN MATA APM KINTA - PEJABAT AHLI PARLIMEN BATU GAJAH





Pertemuan antara Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta dan Ahli Parlimen Batu Gajah (dua dari kiri) 




BATU GAJAH: Pertemuan lapan mata antara pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta dan Pejabat Ahli Parlimen Batu Gajah telah berlangsung pada Selasa lalu di Pejabat Ahli Parlimen Batu Gajah.

APM Kinta yang diwakili oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kinta, KAPT.(PA) Muhammed Ameen bin Salleh Mura bersama seorang anggota telah menjalankan pertemuan dengan Ahli Parlimen Batu Gajah, YB.Tuan Sivakumar Varatharaju bersama seorang pegawai beliau.

Pertemuan secara tertutup diantara kedua-dua pihak ini banyak membincangkan pelbagai topik termasuk mengenai cadangan pembukaan sebuah unit Pertahanan Awam di kawasan Batu Gajah disebabkan jarak diantara kawasan Ipoh dan kawasan Batu Gajah agak jauh dan menyebabkan sesebuah kes di kawasan tersebut mengambil masa yang agak lama untuk direspon oleh anggota penyelamat.




Pertemuan Lapan Mata antara Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta dan Pejabat Ahli Parlimen Batu Gajah


Ulasan

Catatan Popular