MAJLIS BERBUKA PUASA DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM

SUNGAI SIPUT: Seramai lima ornag anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta yang terdiri daripada seorang pemandu, seorang pegawai dan tiga orang anggota menyertai satu majlis berbuka puasa.

Majlis berbuka puasa ini diadakan di perkarangan Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Sungai Siput (U) dan dikelolakan oleh APM Unit Sungai Siput (U).

Selain dari majis berbuka puasa, turut diadakan majlis penyampaian hamper kepada anggota yang menyertai majlis berbuka puasa tersebut serta solat maghrib secara berjemaah.

Menurut seorang daripada anggota yang menyertai majlis tersebut, PBT Siti Shurazidah, majlis ini harus diadakan kerana dapat mengeratkan hubungan baik diantara anggota APM dari daerah atau unit yang lain.

"Melalui majlis atau aktiviti seperti ini, kami (anggota APM) dapat mengenali satu sama lain dengan lebih erat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan setiakawan yang terjalin selama ini", beliau berkata.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah APM Negeri Perak,  LT.KOL. (PA) Zairil Anuar Bin Zulmuji.










Ulasan

Catatan Popular