BANTUAN DIBERI SEBELUM AIDILFITRI

SIPUTEH: Sekumpulan warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta termasuk pegawai dan anggota membuat satu kunjungan mesra ke rumah seorang anggota yang mengalami kecelakaan disini, semalam

Kumpulan yang diketuai oleh Leftenan (PA) Jumaat Idham telah ke kediaman PBT. Yusri yang mengalami kemalangan jalan raya dan beliau lumpuh akibat kemalangan yang beliau alami.

Kumpulan ini juga telah menyumbangkan bantuan kepada anggota tersebut dan bantuan ini merupakan hasil sumbangan daripada seluruh warga APM Kinta.

Kami di Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta ingin mengucapkan Semoga Cepat Sembuh kepada beliau.








Ulasan

  1. Tahniah Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta. Semoga anda teruskan usaha murni anda. Hanya Tuhan yang dapat memberkati usaha murni anda.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular