Bencana Pada Bulan Mulia

SIMPANG PULAI-Hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat melanda empat kediaman di Kampung Sungai Sengat, dekat sini.

Kesemua mangsa dipindahkan buat sementara waktu di Dewan Bersatu Simpang Pulai sehingga pukul 10 pagi tadi.

Menurut pihak Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta yang juga merupakan Sekretariat Bencana Daerah Kinta pada pagi tadi, didapati paras air telah surut sepenuhnya dan keadaan berada dalam terkawal.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir Kilat di sini telah ditutup secara rasmi pada pukul 10 pagi oleh Pegawai Daerah Kinta, Puan Halizah binti Sipun. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang komited bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan keselesaan mangsa semasa berada di pusat pemindahan.








Ulasan

Catatan Popular