Lebih 20,000 Kotak Juadah Aidilfitri Diagihkan



Dato Ahmad Faizal (dua dari kiri) menyerahkan juadah aidilfitri kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perak, KOL. (PA) Noor Azam Johari 



IPOH: Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan sekali lagi mengambil inisiatif untuk meneruskan amalan mengadakan Majlis Pembungkusan Juadah Hari Raya Aidilfitri 2019 dan Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Aidilfitri 2019. Kali ini, majlis ini diadakan dengan usahasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bersama Persatuan Amal Isteri Harapan Perak (KASIH). Majlis penyerahan ini diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu.

Lebih kurang 20,000 kotak juadah raya telah dibungkus dan telah diagihkan kepada pasukan-pasukan beruniform di mana anggotanya terpaksa bertugas dan berjauhan daripada keluarga pada sambutan lebaran Aidilfitri tahun ini. Antara pasukan beruniform yang menerima kotak juadah Aidilfitri ialah APM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pasukan Gerakan Am (PGA), Markas 2 Briged, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Sukarela Malaysia (RELA).

Kata Dato'Seri Ahmad Faizal Azumu, majlis ini diadakan bagi menghargai jasa mereka yang terpaksa berkorban dengan berjauhan dengan keluarga dan tidak dapat beraya bersama keluarga semata-mata bagi memebri perkhidmatan kepada rakyat jelata di negeri Perak Darul Ridzuan."

Beliau berkata semasa menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Hadir sama, isteri YAB Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan yang juga merupakan Pengerusi KASIH, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan empat orang EXCO Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.













Ulasan

Catatan Popular