MAJLIS PENYERAHAN PENUTUP MUKA (FACE MASK) KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA


IPOH: Suatu Majlis Penyerahan Penutup Muka (Face Mask) kepada sekolah-sekolah daerah Kinta Utara telah disempurnakan oleh YB Dr. Abdul Aziz Bari iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri Perak di sini hari ini yang bertempat di SMK Anderson.



Penyerahan penutup muka ini seiring dengan keadaan cuaca pada waktu sekarang yang dalam keadaan jerebu. Para murid dan guru-guru digalakkan memakai penutup muka ini supaya tahap kesihatan tidak akan terjejas. 

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara iaitu Hj. Hasni Bin Hasshim. Seterusnya ucapan oleh YB Dr. Abdul Aziz Bari dan seterusmya merasmikan majlis.

Penutup muka telah diagihkan kepada wakil sekolah rendah iaitu En. Jalaludin Bin Ismail,Guru Besar SK Kalgidhar, Ipoh merangkap Penolong Setiausaha Agung Majlis Guru Besar Daerah Kinta Utara dan wakil sekolah menengah iaitu En. Shamsahhimi Bin Harun, Guru Besar SMK Tasek Damai, Ipoh merangkap Yang Dipertua Majlis Pengetua Malaysia Daerah Kinta Utara dan 10 orang wakil pelajar dari SMK Anderson, Ipoh.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak, Kol.(PA) Noor Azam Bin Johari merangkap Sekretariat Pengurusan Jawatankuasa Bencana Negeri Perak.












Demonstrasi pemakaian penutup muka dengan betul telah ditunjukkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Ipoh, Kapt.(PA) Muhammed Ameen Bin Salleh Mura.







Orang ramai dinasihatkan supaya memakai penutup muka apabila keluar daripada rumah sepanjang cuaca berjerebu ini. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular