CERAMAH DAN DEMONSTRASI (CPR & PERTOLONGAN CEMAS)
IPOH: Suatu ceramah dan demonstrasi CPR dan pertolongan cemas telah diadakan di SJK (T) Kampung Simee di sini hari ini. Program ini melibatkan 120 orang peserta termasuk guru-guru.
Program dimulakan dengan ceramah oleh Staff Muda Hamdan dan seterusnya pertunjukan demonstrasi. Para murid juga diberi peluang untuk melakukan latihan praktikal CPR dengan menggunakan dummy.
Keseluruhannya, ceramah ini dapat meningkatkan kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan CPR dan pertolongan cemas sebagai bantuan awal untuk diberikan kepada mangsa sekiranya terjadi kecemasan secara tiba-tiba.
Ulasan
Catat Ulasan