LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KWSP IPOH, PERAK


IPOH: Suatu latihan pengungsian bangunan telah diadakan di sini, hari ini di Bangunan KWSP Ipoh dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pasukan Polis Diraja Ipoh dan Angkatan Pertahanan Awam Ipoh.

Scenario latihan dimulakan dengan kebakaran di Tingkat Mizzeria dan pengumuman pada jam 0930 pagi untuk mengosongkan bangunan. Terdapat dua orang mangsa yang masing-masing perlu diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam. Selepas mulanya scenario, speed dail kepada 3 agensi tersebut dimulakan pada jam 0932 pagi. Latihan ini berdurasi selama 45 minit. 






Tujuan latihan ini diadakan adalah supaya penghuni-penghuni bangunan boleh bertindak dengan tenang dan teratur, dapat memastikan jalan keluar keselamatan diguna seperti mana yang dirancang, supaya tindakan pengungsian bangunan dapat dilaksanakan dengan cepat dan teratur serta dapat menguji keupayaan sesebuah agensi dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. 







Latihan ini juga dapat meningkatkan sifat kerjasama antara ketiga-tiga agensi dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan serta dapat meningkatkan lagi tahap keberkesanan dalam menghadapi situasi yang sebenar.



Ulasan

Catatan Popular