LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNIKLRCMP IPOH
IPOH: Unit Pengajian Am Universiti Kuala Lumpur Royal Medicine of Perak mengadakan lawatan sambil belajar di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta hari ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang fungsi-fungsi serta operasi Angkatan Pertahanan Awam.
Jurulatih bersama para pelajar Unikl
Pengisian yang dilakukan oleh Angkatan Pertahanan Awam ialah mendedahkan para pelajar dengan teknik-teknik melawan kebakaran. Sejam yang pertama dimulakan dengan teori oleh Kapten Muhammed Ameen dan diikuti dengan latihan praktikal oleh Leftenan Muhamad Zaini pada jam yang kedua.
Para peserta didedahkan dengan teknik menyejuk dan melemaskan dalam melawan kebakaran. Teknik menyejuk menggunakan alat pemadam api (APAK) dan teknik melemaskan menggunakan selimut yang dibasahkan.
Latihan ini dapat melatih para pelajar untuk memadam kebakaran dengan cara yang betul dan berkesan serta mengetahui jenis media pemadaman yang sesuai mengikut jenis kebakaran.
Semoga usaha ni dteruskan...pada masa yg akan datang...,,,👍👍👍
BalasPadam