LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSAT JAGAAN OO LA LA INTAN KE ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH IPOH


IPOH: Pusat Jagaan Oo La La Intan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Angkatan Pertahanan Awam Daerah Ipoh hari ini melibatkan 40 orang kanak-kanak dan 10 orang guru. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Program ini bermula jam 12.00 tengah hari dengan ketibaan kanak-kanak ke perkarangan Angkatan Pertahanan Awam Ipoh. 



Pelbagai pengisian telah dilakukan sepanjang program diketuai oleh SM(PA) Hamdan Bin Mat Salleh yang dimulai dengan pengenalan kepada pertahanan awam, pengenalan kepada kenderaan jabatan seperti ambulan dan Lori Man, pengenalan kepada pusat kawalan operasi dan juga memberi pendedahan asas tindakan kecemasan seperti balutan. 










Keseluruhannya, semoga lawatan ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kanak-kanak dan juga guru untuk menghadapi kecemasan dengan betul. 


Ulasan

Catatan Popular