LATIHAN KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI KECEMASAN PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU)


IPOH: Suatu latihan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan pasukan simpanan persekutuan (FRU) telah diadakan di sini bermula dari 30.09.2019 sehingga 04.10.2019.  Latihan selama lima (5) hari tersebut telah diadakan di Kompleks FRU dan APM Daerah Ipoh. 




Hari pertama latihan diisi dengan pengenalan kepada pertahanan awam, pengenalan pertolongan cemas, kecederaan tulang, luka dan rawatan. Hari kedua diisi dengan terbakar dan melecur, cpr dan tercekik serta praktikal. 

Hari ketiga, asas menyelamat, melawan kebakaran dan praktikal. Hari keempat, bertempat di APM Daerah Ipoh, praktikal menyelamat tempat tinggi dan menyelamat menggunakan usungan. 

Hari terakhir ialah ujian bertulis serta ujian praktikal.






















Semoga latihan ini dapat membantu pasukan FRU supaya lebih bersedia dan efektif dalam menghadapi kecemasan.




Ulasan

Catatan Popular