LAWATAN SAMBIL BELAJAR KANAK-KANAK TADIKA AMMAR FATTEH KE ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH IPOH



Staf Muda Hamdan sedang memberi tutorial mengenai balutan kepada para kanak-kanak Tadika Ammar Fatteh





IPOH: Program lawatan sambil belajar kanak-kanak Tadika Ammar Fatteh melibatkan 4 buah tadika yang terdiri daripada Ammar Fatteh Seri Iskandar (10 kanak-kanak), Ammar Fatteh Botani (20 kanak-kanak), Ammar Fatteh Taman Cempaka (8 kanak-kanak) dan Ammar Fatteh Manjoi (44 kanak-kanak) bersama 12 orang guru pengiring. Tujuan lawatan sambil belajar ini ialah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Akviti lawatan ini bermula pada pukul 10 pagi dengan ketibaan kanak-kanak ke perkarangan Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Ipoh. Pelbagai sesi telah dijalankan seperti kelas balutan, kelas menyelamat ketika bangunan terbakar dan sesi merasai sendiri suasana di dalam kenderaan operasi APM Daerah Ipoh iaitu ambulans dan Lori Man.

Keseluruhannya, lawatan ini dapat memberi manfaat yang baik di mana kanak-kanak serta guru dapat mempelajari pelbagai ilmu mengenai pertahanan awam yang mungkin dapat membantu mereka suatu hari nanti.



Ulasan

Catatan Popular