OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT: ORANG HILANG/SESAT

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta menerima satu kali kes orang hilang atau sesat. Kes ini dilaporkan terjadi di kawasan Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands. Mengikut beberapa orang awam, Gunung Suku dikatakan merekod ketinggian hampir 1797 meter.

Dalam kes ini, seramai 5 orang mangsa yang juga merupakan orang kurang kemampuan (pendengaran) dilaporkan menaiki Gunung Suku dan seterusnya hilang selepas tidak berjaya sampai di kaki gunung semula. Kejadian ini dilaporkan pada 0816H atau pada 8.15 pagi.

Setelah menerima kes, anggota penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta yang terdiri daripada 1x pegawai bersama 5x anggota lain-lain pangkat terus bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan logistik CA 303 (Heavy Rescue Vehicle).

Operasi ini turut disertai oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Operasi diisythiharkan selesai oleh Ketua Polis Balai Polis Simpang Pulai  yang juga merupakan ketua operasi kali ini setelah kesemua mangsa berjaya diturunkan dari Gunung Suku dengan bantuan rakan-rakan sependakian mangsa.











Ulasan

Catatan Popular