LATIHAN PENGENDALIAN BOT : DAERAH KINTA DAN PERAK TENGAH


      Kampung Gajah : Seramai 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kinta menyertai latihan pengendalian bot APM Kinta bersama APM Perak Tengah.
     
 Latihan ini diadakan selama dua hari satu malam sehingga 27 Februari 2019 di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Perak Tengah menggunakan lima buah bot jenis bot ringan.

Kehadiran Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kinta, Kapt (PA) Muhammad Ameen Bin Salleh Mura menyerikan lagi latihan pengendalian bot ini. 

Selama dua hari satu malam ini para peserta latihan didedahkan dengan kemahiran pengendalian bot untuk operasi menyelamat dalam usaha meningkatkan kebolehan dan produktiviti anggota penyelamat ketika menghadapi kes-kes kecemasan melibatkan air terutamanya banjir dan kes-kes lemas. 

Latihan ini amat sesuai sebagai persediaan menghadapi banjir yang akan tiba bila-bila masa, di mana jua. Malahan untuk meningkatkan keyakinan diri terutamanya ketika berada di air.  


Taklimat Keselamatan Pengendalian Bot




"Water Confident"

                         


 Penyediaan Bot & Latihan Bot





Aktiviti Merapatkan Silaturrahim antara anggota APM Kinta & Perak Tengah 





Ulasan

Catatan Popular