Pada 25 Mac 2019, Isnin, operasi mencari dan menyelamat seorang pelari Gopeng Ultra Trail yang hilang di sekitar kawasan Bukit Batu Putih yang melibatkan Kampung Pintu Padang iaitu yang dikenali sebagai Acap masih diteruskan dan operasi memasuki hari kedua.

Pada kali ini, anggota penyelamat yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Hutan berganding bahu bersama orang awam yang turut sama membantu mencari dan menyelamat mangsa yang hilang itu.

Menurut pihak polis, jumlah anggota yang menyertai operasi pada hari ini adalah seramai 117 anggota termasuk orang awam.














Ulasan

Catatan Popular